Thursday 5 May 2011

Pakaian: Sarawak

Iban


Lelaki Iban memakai Baju Burung iaitu jaket tenunan motif Iban dan sirat atau cawat dari kain tenun kasar dan puncanya dihiasi tenunan bercorak. Memakai ikat kepala dari kain tenun dan tali pinggang perak.

Wanita memakai skirt atau bidang tenun Pua. Bahagian atas memakai baju kecil atau kemban dan dilindungi dengan marek empang dari manik. Hiasan diri sarat barangan perak seperti tali pinggang, rawai dan sudu tinggi.


Melanau

Pakaian lelaki Melanau dari satin berwarna gelap dipadankan dengan kain songket bunga tabur dan pakaian kepala sengkulon dari Jawa.

Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih sanggul.


Bidayuh

Pakaian lelaki Bidayuh. Jaket daripada kulit kayu jipo Boyuh dipadankan dengan cawat berlatarkan warna biru, merah dan hitam. Lazimnya lelaki Bidayuh memakai baju berlengan panjang dan seluar berwarna hitam dan menyarungkan jipo di sebelah luarnya.

Wanita Bidayuh menggayakan baju jipo pendek dan skirt bidang fabrik satin rona hitam berhias selempang merah perhiasan pinggang daripada syiling perak. Perhiasan kepalanya ialah sipiah dari tiga warna hitam, merah dan putih berhias manik, labuci dan syiling perak.

Orang Ulu


Lelaki orang Ulu menggayakan sunong dan bah berhias manik serta perhiasan kepala daripada bulu
binatang dan anyaman manik. Wanita Orang Ulu menggayakan busana dipanggil basung dan ta'ah.

Pakaian Bayuh Borih atau bomoh wanita digayakan semasa Kumang Gawai. Jip dan bidang dari kain baldu atau satin dihiasi labuci dan manik. Memakai sipiah sebagai hiasan kepala dan tali pinggang gobeng dari
untaian syiling-syiling. berhias labuci dan hiasan kepala lavung indu.


-----------------------------------------------------------------

Sumber bahan (diubahsuai):
Sektor Kebudayaan - kebudayaan.kpkk.gov.my

No comments:

Post a Comment